Harakahdaily

KAJANG: Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin
menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika
dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.
"Saya nak tanya
siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.
"Saya tahu sebab
masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.
"Jawab la...nak
lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.
Beliau berkata
demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang
di sini malam tadi.
Menurut Anwar,
selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri
dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.
Beliau membuat
cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar
menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai
aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.
Anwar turut
mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan
syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat
perkara sama.
"Muhyiddin Yasin,
kamu nak siasat saya tiada masalah.
"Ok, cek akaun
kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam
pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.
Biarpun hujan
renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru
dari pimpinan Pakatan rakyat.
Selain Anwar,
antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin,
AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri
Khalid Ibrahim.
Pada ceramah
terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR
cabang Hulu Langat.
No comments:
Post a Comment