Agen DSAI
“Mulanya malas mahu layan ajakan itu tapi atas dasar ingin tahu, saya
ikut ke sebuah hotel.
“Ada ahli parlimen lain di tempat perjumpaan dan kami semua ditawar
untuk lompat parti tetapi tidak berbuat demikian.
“Kita juga akan buat pendedahan dalam bentuk visual yang lebih jelas,
tepat dan nyata,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau sebelum ini, mendedahkan, pernah ditawar RM5 juta untuk lompat
parti pada tengah hari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima
bintang di Kuala Lumpur.
Azan juga mendedahkan perbuatan Zamil yang sebelum ini didedah
sebagai ejen Umno untuk melakukan hal sama, didalangi seorang timbalan
menteri sebuah negeri Barisan Nasional.
Beliau juga menyifatkan bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan
Tanah Air (Kita) Kedah itu, sebagai seorang personaliti yang hanya layak
menjadi ejen ‘jual-beli’ kambing.
“Zamil bukan sesiapa, hanya ambil kesempatan untuk ‘makan atas angin’
kerana mungkin diberi komisyen,” katanya./KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment