24 Jun 2012
KUANTAN - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda
Untuk Nasional (Daun) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk
berhimpun di Teluk Cempedak di sini semalam bagi menyokong usaha dan
dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di
sini.
Penyelaras Daun, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, antara program
yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi
hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas
sebagai gimik sokongan.
Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan
penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin
besar, katanya kepada pemberita di sini.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Dan, majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok
tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katanya.
Katanya, Daun juga akan ke sekolah, kawasan rukun tetangga dan
lain-lain tempat untuk memberi penerangan dan ceramah dan mengedarkan
buku penerangan mengenai operasi kilang Lynas.- Bernama
BTMMARI
BTMMARI







No comments:
Post a Comment