myMetro
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di
rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya
berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.
Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut
apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi
cecair pekat keputihan dipercayai air mani.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di
rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.
“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.
“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.
Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.
No comments:
Post a Comment