myMetro
CHEMOR: Seorang janda
beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri
selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan
arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot
lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu hitam.
Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.
“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.
No comments:
Post a Comment