KUANTAN - Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5,
mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun
yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa
yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.
Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat
mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke
mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat
dihilangkan.
Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’
oleh orang ramai yang mengenalinya..
Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti
digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya,
sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.
Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia,
dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam
untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika
ingin menidurinya.
“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar
ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada
pandangan orang ramai.
“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih
daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,”
katanya selamba.
Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta
persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang
senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak
ibu bapanya bercerai.
Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan
kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar
suka-suka.
Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai
beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. “Ada antara mereka sudah
berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti
proses pemulihan.
Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum
mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan
remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK
dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi
dijalankan agensi berkenaan.
“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk
keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam
yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.
“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam
tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya
mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.
Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang
pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila,
justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh
bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment