Ahli
Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan
gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta
oleh BN, melalui sebuah NGO.Bagaimanapun,
Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan
secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang
individu itu.
"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.
"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.
Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.
Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.
"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.
"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.
Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:
Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."
Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."
Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.
Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.-MK

No comments:
Post a Comment