sinar harian
25 Jun 2012
Husam Musa, Awang Adek
KOTA BHARU - Exco kerajaan
Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan
Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang
mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).
Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan Dr Awang Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.
"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.
Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella” mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.
nama saja umeno be end mana berani debat.sebab tu depa bagi berbagai alasan.debat dalam mencari penyelesaian masalah tak mau tapi fitnah sangat2 dialukan.
ReplyDelete