my Metro
KUALA LUMPUR: Dia mendakwa ditumbuk, diterajang dan dihalau daripada
rumah bersama ibu dan tiga adik-beradiknya selepas menentang hasrat
bapanya yang bercadang memberikan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) kepada wanita lain.
Menurut Natasya, 26, bapanya, Rosli, 55, menafikan hak ibunya,
Munah, 52, (semuanya bukan nama sebenar) sebagai isteri yang dikahwini
lebih 30 tahun semata-mata kerana gilakan ‘pucuk’ muda.
“Beberapa bulan lalu, ayah memperoleh duit caruman KWSP kira-kira
RM200,000 tetapi langsung tidak mengendahkan kami.
“Kami difahamkan, selain hendak berkahwin lagi, ayah membuat pelbagai perancangan untuk membahagikan duit itu kepada adik-beradik dan keluarganya.
“Kami difahamkan, selain hendak berkahwin lagi, ayah membuat pelbagai perancangan untuk membahagikan duit itu kepada adik-beradik dan keluarganya.
“Jiran kami pernah terserempak ayah dengan wanita lain yang mendukung seorang bayi. Saya mencari pelbagai bukti dan mendapat kepastian ayah ada hubungan dengan gadis berusia 21 tahun yang sepejabat dengannya.
No comments:
Post a Comment