6 Jun 2012
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa gesaan dan
desakan agar kes rasuah lama melibatkan diri beliau dibuka semula hanya
satu mainan politik semata-mata.
Beliau hairan mengapa kes yang sudah 17 tahun berlalu baru hendak dibuka semula oleh Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Isu itu sudah belasan tahun berlalu, kenapa sekarang SPRM nak buka semula jika bukan untuk agenda politik.
"Kenapa mereka tak kenakan sebarang tindakan pada tahun-tahun sebelum ini kepada saya?" katanya pada media hari ini.
Azmin turut menyelar tindakan SPRM yang membebaskan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil - yang dibersihkan terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam kelulusan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Kes NFC yang libatkan Sharizat boleh disiasat dengan cepat dan pantas serta telah ditutup dan dibersihkan daripada tuduhan tersebut.
"Walaupun banyak persoalan belum dijawab termasuklah mereka yang dedahkan isu ini tidak dipanggil memberi keterangan termasuk Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tetapi kes telah ditutup," katanya lagi.
Beliau berkata, apabila kes yang melibatkan pemimpin PKR termasuknya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah lama, tetap menjadi isu dan dibangkitkan semula.
"Kami akan serahkan pada rakyat untuk membuat penghakiman dalam PRU akan datang," katanya.

No comments:
Post a Comment