(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 4 Jun: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesarkan isu kuota haji kononnya untuk
menggambarkan betapa buruk penganjuran Bersih 3.0 di Arab Saudi.
menggambarkan betapa buruk penganjuran Bersih 3.0 di Arab Saudi.
Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim
berkata, Umno sebenarnya mahu mencetuskan panik di kalangan bakal jemaah
haji, walaupun hakikatnya isu tersebut tidak dipandang begitu serius
oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Kalau kita kira, tidak sampai 30 orang yang berdemonstrasi. Tak
memberi apa-apa signifikan pun…Malaysia yang ‘lebih sudu daripada kuah’.
“Tapi pemimpin Umno ‘lebih-lebih’ tulis surat kepada Kerajaan Arab Saudi. Kemudian mereka dakwa Raja Arab Saudi
murka dan kuota haji disekat,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
murka dan kuota haji disekat,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Isu kuota haji mula ditimbulkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas
beberapa rakyat Malaysia di kota suci Mekah dan Madinah memberi sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0.
beberapa rakyat Malaysia di kota suci Mekah dan Madinah memberi sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0.
Isu itu turut diperbesarkan oleh media pro Umno BN seperti Mingguan Malaysia kononnya Kerajaan Arab Saudi sedang
memburu mereka yang terlibat.
memburu mereka yang terlibat.
Akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana dipercayai
menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai
gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah.
Bagaimanapun, tiada satu pun kenyataan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi disiarkan oleh akhbar pro Umno BN
berkenaan isu tersebut.
berkenaan isu tersebut.
Mereka hanya memetik sumber yang tidak dinamakan dan kenyataan
seorang Penasihat Kerajaan Negeri Terengganu, Abu Backer Sidek yang
mendakwa menyaksikan perhimpunan tersebut.
Ahmad berkata, Umno juga semakin terdesak apabila mahu menjuarai isu kuota haji untuk meraih sokongan orang Melayu.
“Mereka sudah kehilangan undi Melayu, jadi sekarang ini mereka menggunakan isu yang boleh menunjukkan mereka
memperjuangkan orang Melayu,” katanya.
memperjuangkan orang Melayu,” katanya.
Beliau turut menyindir kenyataan Jamil yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi
menyelesaikan masalah isu kuota haji kononnya Najib mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Raja Arab Saudi.
menyelesaikan masalah isu kuota haji kononnya Najib mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Raja Arab Saudi.
“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) lagi rapat dengan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Bukan setakat selesaikan, kalau Anwar
nak hubungi baginda untuk minta tambah kuota haji ini pun boleh,” sindirnya.
nak hubungi baginda untuk minta tambah kuota haji ini pun boleh,” sindirnya.
Sebelum ini, Jamil dilapor mengadakan pertemuan kedua dengan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia, Fahad Al Rasid bagi
membincangkan kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.
membincangkan kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.
Jamil dipetik berkata, pertemuannya itu bagi memaklumkan kepada Arab Saudi supaya mengambil perhatian terhadap
kebimbangan jemaah haji berhubung kuota Malaysia, khususnya selepas Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah.
kebimbangan jemaah haji berhubung kuota Malaysia, khususnya selepas Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah.
Walhal, Kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan
bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan
demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung April lalu.
No comments:
Post a Comment