Friday, June 22, 2012

Lautan kain hitam di protes anti-Lynas di Kuantan


  • Leven Woon
  • malaysiakini Jun 21 2012
 
Lautan kain hitam akan berkibar di ruang udara perhimpunan Occupy Balok-Gebeng di pantai Balok di Pahang pada hari Sabtu ini dan  pihak penganjur sedang meningkat usaha untuk menyediakan sepanduk anti-Lynas menggunakan warna berkabung.

NONEKira-kira 500 sepanduk berwarna hitam dengan tulisan putih, akan
dipasang di pantai manakala ribuan kain hitam akan diagihkan kepada peserta untuk membuat sepanduk mereka sendiri, kata anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin (kanan).

"Kami mahu menghantar mesej bahawa ini adalah saat yang paling muram dan kritikal, memandangkan Lynas akan memulakan operasi. Kita tidak boleh tunggu lagi," kata Chin.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata satu pasukan 20 sukarelawan bekerja sepenuh masa untuk menyiapkan 500 sepanduk menjelang hari Sabtu ini.

Program membantah loji Lynas itu, akan bermula pada tengah hari
Sabtu. Banyak aktiviti disediakan termasuk dua konsert dan pameran
mengenai bekas tapak Bukit Merah Rare Earth (ARE) dan aktiviti perkhemahan.

PNONEemimpin NGO dan ahli politik, termasuk penyair dan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi pemimpin PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akan berucap pada sesi ceramah.

Kemuncak pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.

Wong (bawah) berkata kumpulan artis dari Kuala Lumpur telah diminta supaya mengadakan sesi tersebut dan mereka masih mengumpul kotak berwarna coklat sebagai bahan untuk membuat replika Lamp.

NONESesi ini akan diikuti dengan perarakan 11km pada pagi Ahad, dari pantai Balok ke Lamp di Gebeng. Peserta dan orang ramai dijemput menyertainya dari mana-mana tempat di sepanjang laluan, dengan menggunakan sebarang bentuk pengangkutan.

Pihak penganjur berkata mereka telah memaklumkan kepada pihak polis dengan menghantar jadual perjalanan program mereka kepada balai polis Kuantan.

No comments:

Post a Comment