Sabtu, 2 Jun 2012
TAIPEI: Seorang lelaki warga Thailand semalam dipenjarakan tujuh
bulan kerana secara paksa mencium seorang wanita rakyat tempatan dan
menjilat mukanya di bandar di utara negara itu.
Lelaki itu didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di
bandar raya New Taipei Februari lalu, tanpa kerelaan wanita berkenaan,
lapor mahkamah daerah Banciao.
Menurut mahkamah, dia merenggut wanita itu ketika mangsa sedang berjoging di sebuah stadium pada waktu malam.
Apabila mereka terjatuh dan ketika wanita itu cuba melawan, dia secara
paksa mencium dan menjilat mangsa hingga seorang pejalan kaki mendengar
jeritan wanita itu dan menghulurkan bantuan. - AFP
relevansokmo
* Sumber
No comments:
Post a Comment