Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap LGE
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang
difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman
terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar
pagi ini.
Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita
bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam
utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai
locus standi untuk berbuat demikian.
Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus
standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan
dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau
ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar
Pertubuhan (ROS).
Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan
Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik
Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd
yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan,
serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada
Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP
tahun lepas.
No comments:
Post a Comment