Mungkin ada yang pernah
terkena tipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Disini kita
lihat bagaimana mereka beraksi yang berjaya dirakam oleh kamera CCTV di
ATM tersebut.
Jom ..kita lihat bagaimana mereka menipu....
1. Mulanya
Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM.
Sebenarnya dia lagi memasang sesuatu pada alat di slot tempat kad ATM dimasukkan.
Tindakan ini tentu
sangat beresiko. Penjahat ini biasanya bekerja secara berkumpulan,
seperti yang terlihat digambar ada kawannya yang bertugas mengawasi
keadaan di luar.
Inilah dia mangsa yang masuk setelah perangkap terpasang. Dia memasukkan kad ATMnya seperti biasa untuk melakukan transaksi.
Setelah selesai bertransaksi anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan lagi darpada mesin itu. "Tertelan".
Di gambar ini si
penjahat berpura-pura menawarkan bantuan kepada mangsa yang panik.
Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nombor PIN kad ATM si
mangsa yang "tertelan" ini. Bagaimana caranya ?
Si penolong yag baik
hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah
dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol
"Cancel""Enter".Dia ingin tahu berapa nombor PIN simangsa ini. Pada
gambar ini boleh kamu lihat kalau si penjahat dapat melihat tombol yang
ditekan oleh si mangsa.
Setelah berusaha
berkali-kali si Penolong akan meyakinkan mangsa yang kadnya sudah
benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk
menghubungi pihak Bank.
Setelah situasi aman
penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kad ATM dari alat
perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia telah mendapatkan nombor PIN
nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA .
Dari jam yang tertera di
CCTV boleh dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk
membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini
berhasil membawa keluar duit $4,000 .
dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu...
Dengan apa sekali pun jika kad tertelan hubungi terus pihak bank
dan jangan sesekali berikan no PIN pada orang yang tidak di kenali...
borakkosong.com/















No comments:
Post a Comment