3 Jun 2012
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera
diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti
pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.
“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.
“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.
Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.
Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

No comments:
Post a Comment