(Norutul Ilham)
SABAK BERNAM 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi
mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara
permit dan empat tayar kereta.
“Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini, Anwar menyifatkan sogokan
itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.
“Apa
beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah
umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak
bawa, kena bagi balik.
“Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada
30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat
apa ini?
“Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu,
laung Hidup Melayu,” sindirnya dan disambut sorakan rakyat.
Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk
diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13.
“Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika
mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja. Selebihnya, bagi
balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi.
“Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu
teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?” katanya yang disambut
sorakan menolak sogokan Umno BN itu.
Baru-baru ini, kerajaan Umno BN cuba menawan hati pemandu teksi
dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat
1Malaysia (TR1Ma).
Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan
empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti jika
harga melebihi had yang ditawar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment