Thursday, June 07, 2012
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG
Isu Tarian ala K-Pop dalam majlis makan malam ‘Bertam Nite’.
Merujuk
kepada video ‘Bertam Nite’ yang dimuat naik dalam laman youtube serta
gambar-gambar berkaitan yang disebarkan dalam laman sosial Facebook,
DPPN P.Pinang difahamkan bahawa program tersebut adalah program makan
malam anjuran PKR DUN Bertam, dalam Parlimen K.Batas.
DPPN
P.Pinang dengan ini menyatakan rasa kekesalan terhadap ‘tarian ala
k-pop’ diawal majlis tersebut yang jelas dilihat bercanggah dengan
etika, adab susila, budaya Malaysia serta sangat menyalahi syariat
Islam.
Jika
dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur
perlu segera menghentikan tarian tersebut & tidak membiarkan ianya
terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin & dirakam secara
bebas. Pihak penganjur juga mesti tegas mengambil tindakan kepada
pihak yang melakukan sabotaj jika benar ianya satu sabotaj untuk
merosakkan imej pimpinan muslim dalam PR khasnya dari PAS.
Malah
setiap individu muslim yang ada dalam majlis tersebut mesti keluar
serta-merta khasnya jika ia melibatkan pimpinan PAS kerana ia jelas
mengundang fitnah yang merosakkan Islam & jamaah yang
memperjuangkan Islam.
Kita mahu
rakyat & anak-anak muda dididik dengan akhlak yang mulia &
moral yang boleh dicontohi. Kerana itulah kita begitu tidak bersetuju
& membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang mengundang
K-Pop ketika himpunan belia yang diadakan baru-baru ini.
Oleh
itu, sebagaimana kita membantah & menentang tarian K-Pop dalam
himpunan belia tersebut, DPPN P.Pinang juga tidak boleh berkompromi
dengan sebarang program & aktiviti mungkar/maksiat yang dianjurkan
oleh mana-mana pihak walaupun ianya melibatkan rakan dalam Pakatan
Rakyat mahupun ahli & pimpinan PAS sendiri!
Justeru,
DPPN P.Pinang dengan ini menggesa pimpinan parti & mendesak
pimpinan Pakatan Rakyat segera menyiasat penganjur program ini serta
mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat bagi
membuktikan bahawa kita bukan golongan yang hipokrit!
Ditegaskan bahawa, kami tidak bantah hiburan, tetapi kami bantah maksiat!!!
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment