Pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan bekerjasama dengan
setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin untuk membongkar
penyelewengan yang didakwa berlaku ketika pentadbiran BN di negeri itu.
Rafizi
berkata langkah itu adalah susulan kepada peletakan jawatannya – "yang
diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan
di dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR."
Katanya,
tindakan itu juga sebagai menyahut cabaran oleh timbalan menteri
pelajaran Puad Zarkashi untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan yang
berlaku di negeri itu.
"Esok saya akan mula duduk berbincang
dengan Cik Faekah Husin untuk meneliti semula fail penyelewengan yang
berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut
seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku
di Selangor," katanya.
Cabaran berkenaan disuarakan oleh Puad dua
hari lalu ekoran tindakan Rafizi meletak jawatan sebagai ketua pegawai
eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Puad menyifatkan
perletakan jawatan itu sebagai kesan daripada kemarahan Rafizi terhadap
pemimpin tertentu dalam pentadbiran tersebut dan mencabar pemimpin muda
itu supaya mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa di Selangor.
Blog
pro-Umno sebelum ini menimbulkan spekulasi bahawa perletakan jawatan
Rafizi pada 21 Jun merupakan kesan daripada perbalahan dengan Faekah,
yang didakwa berpengaruh besar ke atas Meneri Besar Tan Sri Khalid
Ibrahim, termasuk dalam pengagihan RM300 juta melalui Geran Selangorku.
Rafizi
bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa beliau
meletak jawatan untuk menumpukan perhatian dalam parti bagi menghadapi
pilihan raya umum.
"Peletakan jawatan ini adalah satu tindakan
biasa yang juga dilandaskan pada asas moral keraa seorang ahli politik
tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cederung
kepada aktiviti politik partinya."
No comments:
Post a Comment