
malaysiakini
Pengarah
Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata beliau tidak mempercayai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan
dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri.
Sebaliknya, kata
Rafizi, beliau lebih yakin dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(JSJK) polis, yang menurutnya lebih tulen, jujur dan profesional.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau .
Rafizi (kanan) menjelaskan bahawa rasa tidak selesa dengan SPRM itu berpunca daripada sikap tergesa-gesa dan pantas mereka menyoalnya selepas beliau mendedahkan dakwaan yang melibatkan perdana menteri berhubung projek LRT Ampang dua hari lalu.
Beliau juga berkata bahawa pengalaman beliau sewaktu skandal NFC juga memberinya sebab untuk kurang mempercayai SPRM berbanding dengan JSJK.
Beliau berkata
demikian selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan
penyalahgunaan kuasa.
Beliau mendakwa perdana menteri campurtangan dalam proses perolehan Kementerian Kewangan dalam anugerah tender pembinaan projek sambungan LRT Ampang.
Sebaliknya, kata
Rafizi, beliau lebih yakin dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(JSJK) polis, yang menurutnya lebih tulen, jujur dan profesional.Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau .
Rafizi (kanan) menjelaskan bahawa rasa tidak selesa dengan SPRM itu berpunca daripada sikap tergesa-gesa dan pantas mereka menyoalnya selepas beliau mendedahkan dakwaan yang melibatkan perdana menteri berhubung projek LRT Ampang dua hari lalu.
Beliau juga berkata bahawa pengalaman beliau sewaktu skandal NFC juga memberinya sebab untuk kurang mempercayai SPRM berbanding dengan JSJK.
Beliau berkata
demikian selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan
penyalahgunaan kuasa.Beliau mendakwa perdana menteri campurtangan dalam proses perolehan Kementerian Kewangan dalam anugerah tender pembinaan projek sambungan LRT Ampang.
No comments:
Post a Comment