Jumaat, 8 Jun 2012
SEORANG ibu memegang patung mainan yang dibelikan untuk anaknya yang mengambil peperiksaan di Wuhan.-AFP
BEIJING - Tubuh lebih sembilan juta pelajar di seluruh China semalam
diperiksa oleh para pegawai pemeriksaan sebelum mereka dibenarkan
mengambil ujian kemasukan ke kolej dan universiti kebangsaan.
Hanya 6.85 juta tempat disediakan untuk para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan itu.
Terdapat tubuh pelajar yang diperiksa dengan menggunakan alat pengesan
logam bagi mencari sebarang peralatan komunikasi yang disembunyikan.
Sejumlah ibu bapa turut menunggu anak mereka keluar di luar bilik peperiksaan.
Terdapat juga pelajar itu yang dihadiahkan alat mainan oleh keluarganya
selepas dia selesai mengambil peperiksaan tersebut. - Agensi
* Sumber
No comments:
Post a Comment