PETALING JAYA - Pelakon sensasi, Rita Rudaini memfailkan bantahan
awal di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bagi menolak permohonan
perintah kembali taat yang dikemukakan suaminya yang juga pemain bola
sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.
Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita atau
nama sebenarnya Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 36, memaklumkan kepada
mahkamah bahawa dia mendapat arahan daripada anak guamnya untuk
mendapatkan tarikh sebutan bagi memasukkan bantahan awal berkenaan.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian menetapkan sebutan
kes pada 9 Julai depan untuk memberi peluang kepada Rita Rudaini
(defendan) memasukkan bantahan awalnya berhubung permohonan perintah
kembali taat difailkan Mohamad Aidil Zafuan (plaintif) pada 15 Mei lalu.
Terdahulu Rita Rudaini hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala
Aidil Zafuan dan peguam syarienya, Ahmad Nazib Johari tidak hadir, namun
mewakilkan seorang peguam dari Tetuan Ahmad Nazib & Associates.
KOSMO
No comments:
Post a Comment