J. D. Lovrenciear
Ia telah dilaporkan oleh media
di seluruh Negara yang isteri kepada yang berhormat Perdana Menteri
telah memberitahu pelajar di seluruh Negara bahawa mereka patut
menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan.
Apakah ertinya ini? Datuk Seri
Najib, bolehkah anda menerangkan kepada kami apa maknanya semua ini.
Sepatutnya anda memberitahu pasangan anda yang dia mesti menjaga tepi
kain sendiri sahaja.
Dan apabila anda
mendapat jawapan anda, anda akan tahu kenapa para pembaca sangat sesitif
akan apa yang telah dikatakan oleh Datin Seri Rosmah. Anda juga patut
tahu bahawa di kalangan rakyat-rakyat biasa sedang bergosip tentangnya
di kedai-kedai kopi.
Apabila anda
sedang bekerja keras memberitahu rakyat akan usaha yang sedang
dijalankan oleh BN untuk rakyat, pasangan anda telah memburukkan lagi
keadaan dengan menyatakan sesuatu yang telah menjadikan rakyat nampak
seperti pengemis.
Adakah ini betul
Perdana Menteri?
Siapa yang memberi
makan siapa?
Bukan BN yang memberi makan
rakyat. Ia sememangnya tidak boleh. Ia bukan seperti ini. ‘Wanita
pertama Malaysia’ mesti tahu akan kebenaran ini.
Kerajaan mempunyai
duti moral dan tanggungjawab untuk telus dan membina dan menguruskan
peluang kepada rakyat untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka
sendiri. Rakyat tidak perlu meminta dan mengemis untuk mencari sesuap
nasi; sebaliknya, melalui peti undi, rakyat telah memilih anda untuk
menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya anda laksanakan.
Jadi, apakah semua
“jangan menggigit tangan yang memberi makan anda?” ia langsung tidak
menyokong apa yang telah BN war-warkan pada rakyat selama 5 dekad yang
lalu.
Datin Seri Rosmah
juga nampaknya telah memberi amaran kepada rakyat. Jadi, rakyat bertanya
semula kepadanya, “jika ya pun kami sedang menggigit tangan itu, apakah
yang anda akan lakukan?”
Harap-harap isteri
PM tidak akan menjawab, “tunggu sahajalah nanti saya tunjukkan”.
Dalam sejarah
Malaysia, tidak pernah ada isteri perdana menteri yang berani menuang
minyak kebara api. Datuk Seri Najib mesti menangani ini kecuali anda
langsung tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir dulu pernah menegur pasangan
anda dihadapan semua.KERENGGA

No comments:
Post a Comment