sinar harian
1 Jun 2012
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
menegaskan pendiriannya tidak akan meminta maaf kepada Ketua Wanita
Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung dakwaan salah laku
rasuah melibatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengisytiharkan yang Shahrizat bersih daripada tuduhan isu NFC.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata pengumuman SPRM itu membuktikan yang pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC dan bermotifkan politik.
“Saya tidak akan meminta maaf kepada Shahrizat,” tegas Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah beliau, keluarga Shahrizat yang sepatutnya meminta maaf secara terbuka kepada rakyat kerana menyeleweng dana kerajaan persekutuan sebanyak RM250 juta, yang disalurkan kepada NFCorp.

“Beliau perlu jelaskan secara terperinci ke mana perginya dana
tersebut. Tidak mungkin jumlah wang cukup besar itu digunakan hanya
untuk menternak lembu,” sindir beliau.
Pihaknya juga tetap dengan pendirian mereka bahawa isu rasuah harus ditangani secara serius.
“Tindakan rasuah ini jelas menunjukkan yang Shahrizat telah
menyalahgunakan kuasanya dan menyeleweng wang rakyat sebagai Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat suatu ketika dahulu,” tambah beliau.
“Saya tidak akan terjebak atau menafikan pengumuman yang dibuat SPRM
semalam tetapi mendesak agak keluarga Shahrizat menjelaskan secara
terbuka berhubung isu ini,” ulasnya lagi.
Shahrizat, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta
daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn
Bhd (NFCorp), yang dimilki suami dan anaknya.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil
semalam berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara
mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.
Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses
perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.
Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri
berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April
lepas.
Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas
dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan
melanggar Akta Syarikat 1965.
No comments:
Post a Comment