KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SEKAT PTPTN UNISEL : BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG
17 Rajab bersamaan 07 Jun 2012
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan pihak Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana membekukan mahasiswa
Universiti Industri Selangor (Unisel) daripada mendapat pinjaman PTPTN.
DPPM berpandangan kerajaan tidak wajar menafikan hak mahasiswa Unisel
dalam mendapatkan pinjaman bagi membiayai pendidikan mereka kerana
tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan masa depan mahasiswa tersebut.
DPPM merasaka tindakan kerajaan ini
sebagai usaha membalas dendam terhadap Pakatan Rakyat yang berjuang
memansuhkan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma kepada
rakyat. PTPTN dijadikan perkakas baru untuk diperalatkan bagi melunaskan
perasaan benci meluap-luap terhadap PR yang berjuang untuk
kesejahteraan rakyat. Tindakan ini dibuat dengan harapan supaya rakyat
akan mempersalahkan pula PR sehingga mereka gagal mendapat kemudahan
PTPTN. Ia juga sebagai ugutan terhadap rakyat negeri Selangor supaya
tidak memberikan undi kepada PR atau mereka akan hilang kemudahan PTPTN.
DPPM merasakan tindakan ini mungkin
dibuat kerana kerajaan BN sudah ketandusan idea untuk menangkis tawaran
PR yang disambut hebat oleh rakyat serta hilang hujah untuk menafikan
pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Politik ugut
seperti ini sebenarnya sudah ketinggalan zaman, kerana rakyat sudah
semakin cerdik politik dan memilih parti politik yang mampu memberikan
tawaran dan kebajikan terbaik kepada mereka. Jika kerajaan BN merasa
tergugat dengan tawaran PR, sebaiknya kerajaan memikirkan formula lain
yang lebih menarik bagi menambat hati rakyat, bukan mengugut mereka
seperti ini.
DPPM menegaskan, janji dan komitmen PR
untuk menghapuskan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma adalah
jelas dan pelaksanaannya akan dibuat jika PR memerintah kelak. Semua
pelajar akan nikmati kemudahan ini tanpa mengira latar belakang, fahaman
politik, warna kulit dan keturunan. Malah setiap pelajar akan dibantu
bagi memastikan mereka berjaya dalam pendidikan kerana agenda PR adalah
memberi kebajikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan percuma, bukan
memperniagakannya seperti yang berlaku selama ini.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment