Harian Metro
LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum
pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki
yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian
berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud,
20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan
empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.
Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja
sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang
memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.
Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.
Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.
No comments:
Post a Comment