Mahasiswa
Universiti Industri Selangor (Unisel) berharap agar mereka tidak lagi
terlibat dalam "propaganda" berhubung isu pinjaman mereka yang sebelum
ini disekat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Siswa
berkenaan, ada antaranya yang bercadang untuk berhenti belajar kerana
tidak mendapat pinjaman tersebut, hari ini berasa lega dan gembira
dengan keputusan PTPTN untuk menarik balik pembekuan pinjaman tersebut.Pelajar
daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy
berkata, beliau berasa tenang selepas mendapat tahu berita tersebut.
“Saya
gembira. Tenang nak belajar. Tak payah fikir pasal masalah duit. Lepas
ini (PTPTN) tak payah nak buat propaganda sangatlah. Kita pelajar,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya beliau bimbang kerana pembekuan pinjaman tersebut akan menjejaskan pelajarannya.
“Jangan
nak libatkan pelajar dalam politik. Kami tak nak terlibat,” kata Edy,
18, yang sebelum ini merancang untuk berpindah ke institusi pengajian
tinggi lain kerana bimbang tidak mendapat pinjaman.
Beliau
mengulas keputusan PTPTN menarik balik pembekuan pinjamannya kepada
siswa universiti berkenaan dan juga Kolej Universiti Islam Selangor.
Seorang
lagi siswa Unisel, Bob, yang berasal daripada Johor berkata, beliau
gembira dan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin
terhadap masalah yang mereka hadapi.
Siswa di Fakulti Komunikasi dan Media itu juga berpandangan bahawa isu seperti ini tidak wajar dipolitikkan.
“Alhamdulillah
sebab mereka (PTPTN) masih boleh berfikir lagi. Tak patut politikan
benda macam ini. Tapi saya gembira. Apa pun saya masih nak tunggu hitam
putih daripada pihak Unisel dahulu,”
katanya.
Pandangan sama
disuarakan Kabil, 19, yang berkata beliau dan rakan-rakan lain gembira
dengan berita tersebut, walau Unisel masih belum membuat pengumuman
rasmi mengenainya.
“Saya
sangat gembira dengan berita ini. Saya rasa semua pelajar berasa
gembira sebab kami dapat membuat permohonan untuk membuat pinjaman
dengan PTPTN.
“Terima kasih pada pihak menteri, Unisel dan semua pihak. Jangan risau, kami akan bayar balik pinjaman ini,” katanya lagi.
Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata
tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang
kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di
peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Khaled Nordin dalam laporan Utusan Online
hari ini berkata tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu diambil
ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk
memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
Khaled memutuskan
demikian susulan keputusan kerajaan Selangor untuk menggunakan hartanah
seluas 500 ekar bagi membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan
pengajian
salam ,tuan boleh tukar bloglist http://zulhairiaziz99.blogspot.com/ terima kasih
ReplyDelete