2 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan bekerjasama
dengan kerajaan bagi memastikan dua rakyat Malaysia yang ditahan di
pusat tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 mendapat hak untuk diadili di
mahkamah dan dihantar pulang ke negara ini.
Sambil mengakui ia perkara penting, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, ia perlu ditangani bersama.
Bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini berkata, “Kerajaan sudah buat kenyataan, Wisma Putra juga bawa kepada Jabatan Negara (Amerika Syarikat) dan sebagainya.”
“Ia isu penting, hak rakyat Malaysia dibicara tidak kira kesalahan dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian dan Sinar Harian Online ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Bagaimanapun,katanya, pihaknya belum terima aduan mana-mana pihak termasuk keluarga dua tahanan.
Mohd Farik Amin, 36, dari Kajang dan Mohd Nazir Lep, 35, dari Muar, ditahan di Thailand pada Ogos 2003 kerana didakwa ada kaitan dengan al-Qaeda dan dipindah ke pusat tahanan Teluk Guantanamo pada 2006.
“Ini hak rakyat Malaysia untuk diadili di mahkamah dan sebagainya. Kita akan lihat bagaimana boleh memantapkan usaha kerajaan,” katanya.
"Isu ini bukan hanya melibatkan peranan Suhakam, sebaliknya kerajaan yang akan kemuka di PBB,” katanya.
Dua minggu lalu, Sinar Harian menyiarkan laporan khas Bicara Isnin isu ini.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia berusaha bersama Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi membolehkan kedua-duanya bebas dan dihantar pulang.

No comments:
Post a Comment