(Aedi Asri)
JOHOR: Pengertian Melayu yang diungkap Pendeta Zaaba sangat berbeza
dengan gelagat pemimpin dan penyokong Umno BN, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim .
Berucap di program ‘Merdeka Rakyat’ di Pejabat KEADILAN Sembrong
Kluang di sini, malam tadi, Ketua Pembangkang itu berkata, bangsa Melayu
hebat dan dihormati kerana budayanya.
“Kata Zaaba, Melayu itu kuat kerana berpegang pada akidah Islam,
semangat perjuangan dan (memiliki) budi pekerti,” katanya depan
kira-kira 1,000 orang.
Zaaba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad adalah tokoh
sasterawan dan pemikir yang dihormati dan menjadi orang Melayu pertama
lulus peperiksaan Senior Cambridge pada 1915.
Mengulangi kata-kata pendeta itu, Anwar berkata, bangsa Melayu juga
menjadi hebat kerana (kekayaan) budaya dan bukan dengan menghina orang
lain.
“(Tapi) kini ada orang Melayu baling batu, buat fitnah, aibkan di
media dan tunjuk punggung,” katanya merujuk insiden ‘senaman punggung’
Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) di rumah Datuk S Ambiga,
baru-baru ini.
“Ini Melayu apa? Ini jenis Melayu yang haprak dan tidak berguna. Dan merekalah yang beri malu kepada kita.
“Justeru, landskap politik begini perlu diubah supaya martabat negara
dan rakyat dapat diangkat,” katanya diiringi tepukan hadirin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment