Nak dikatakan pelik, tidaklah terlalu pelik. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai misteri.
Satu
video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan
jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di
kalangan pengunjung laman tersebut.
Video
berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah
curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang
kelapa sawit di Paloh, Johor.
Wanita
itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik
memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada
umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang
disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang
melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap
dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan
penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu
seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau
batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang
‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja
yang tahu.
Selebihnya,
kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa
terlebih dahulu. Wallahualam. [MyNewsHub]

itu ukiran oleh budak2 nakal lahhh adoiiiii cukup2lah nak cuba bodohkan orang ..
ReplyDeletebetul atau tidak, yg penting kena jadi peringatan kpd kita semua, jgn buat kerja yg dimurkai Allah..huhu
ReplyDelete