Harakahdaily
LARUT:
Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi
mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di
Larut kelmarin.
Beliau
yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan
Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang
menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.
“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.
"Memang
wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya
688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar.
Malah,
Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu
ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut.
(Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya)
Kediamannya
pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat
berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai
Umno itu.
Sementara
itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama
malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan
skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti
itu.
“Ini
adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin
disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum
sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin
meningkat," katanya.
Menurut
Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan
mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.
Beliau
turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan
bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS
seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.
Sebelum
ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut
apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan
360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke
hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.
“Yang
sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang
menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.
No comments:
Post a Comment