Saya mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin untuk membuktikan beliau seorang pemimpin politik yang
bertanggungjawab dan nasionalis Malaysia apabila mengungkitkan kembali
kisah rusuhan 13 Mei dalam usaha menghalang berlakunya apa-apa kejadian
rusuhan dan pada masa yang sama menolak praktis politik perkauman dan
taktik menakut-nakutkan rakyat yang jelas tidak berprinsip, tidak
bertanggungjawab dan hina untuk memastikan Umno/BN kekal sebagai puak
berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang.
Mengikut laporan dari Konvensyen Pemuda Kebangsaan yang diadakan di Parlimen semalam, Muhyiddin menekankan generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk memastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan pengulangan tragedi rusuhan 13 Mei 1969.
Petikan dari deklarasi Muhyiddin dalam konvensyen tersebut: "Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang."
Bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, saya ingin membalas secara rasmi dengan satu deklarasi bahawa kami dalam DAP dan Pakatan juga tidak mahu akan peristiwa hitan rusuhan 13 Mei berlaku.
Dan kami berjanji dan memberi jaminan bahawa kami akan lakukan segala yang perlu untuk memastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi.
DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tiada pengulangan semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Dan dengan ini, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk bertanya apakah benar kejadian rusuhan 13 Mei mungkin akan berlaku apabila kedua-dua pihak BN dan Pakatan memberi jaminan untuk bekerjasama untuk kepentingan negara dan menghalang peristiwa seperti ini daripada berlaku?
Saya mengaku, saya bimbang akan cara Muhyiddin mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei yang digunakan dalam beberapa dekad lalu untuk mewujudkan ketakutan di kalangan pengundi, dan memaksa mereka mengundi Umno dan BN yang kini menimbulkan persoalan sama ada TPM memberi jaminan bahawa rusuhan 13 Mei tidak akan berulang atau ia ancaman secara senyap bahawa kejadian 13 Mei akan berulang sekiranya Umno kehilangan kuasa!
Keadaan sekarang berbeza
Mungkinkah tragedi 13 Mei akan menggugat pilihan raya umum yang akan datang? Jawapan saya adalah tidak sama sekali.
Tanpa berbahas berhubung pihak mana yang telah mencetus peristiwa 13 Mei 1969, (walaupun wujud versi pihak mana yang bertanggungjawab mencetus tragedi tersebut dan disebabkan perkara inilah, saya dan DAP memohon untuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja terhadap sebab mencetusnya kejadian ini), keadaan dewasa ini jauh berbeza berbanding dengan apa yang berlaku 43 tahun lalu.
Perbezaan paling ketara, antara tahun 1969 dan pilihan raya umum ke-13 adalah kemunculan pakatan berbilang kaum dan agama yang mewakili rakyat jelata di negara ini untuk mencabar, secara demokratik dan aman, perebutan kuasa Umno/BN di Putrajaya - di mana gabungan PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan negeri di Malaysia.
Hanya puak yang tidak bertanggungjawab, antinasional dan pengkhianat akan cuba memutarbelitkan kemenangan Pakatan dalam PRU13 sebagai satu kemenangan antara satu kaum terhadap kaum yang lain, untuk memberi justifikasi kepada idea liar rusuhan 13 Mei, di mana apa-apa kemenangan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Adakah Muhyiddin benar-benar ikhlas apabila membuat deklarasi "Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang."
Jika ya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berani mengambil risiko dan menjawab satu soalan yang telah lama saya tujukan berulang kali kepada beliau dalam tempoh tiga tahun ini - sama ada beliau akan membuat satu pengumuman deklarasi akan menerima kata putus rakyat jelata dalam PRU13, termasuklah kerajaan baru Pakatan yang akan menggantikan BN di Putrajaya.
Dan beliau sendiri akan menjamin dan memastikan peralihan kuasa persekutuan secara aman untuk kali pertamanya dalam sejarah negara ini, untuk memaklumkan kepada warga dunia bahawa Malaysia menjadi negara dengan "sistem demokrasi yang terbaik di dunia"!
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment