Pengerusi
bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga
berkata, langkah terus memburukkannya dengan pelbagai kaedah kini sudah
tidak masuk akal.
Peguam itu mengulas pelbagai bantahan diterimanya selepas menganjurkan BERSIH pada 28 April lalu, termasuk isu "menggantungnya" kerana didakwa menderhaka, lapor dpa.
Ambiga juga menafikan BERSIH bertujuan menggulingkan kerajaan kerana keadaan di Malaysia sangat berbeza dengan di negara-negara Timur Tengah.
"Adakah mereka (pemimpin Malaysia) fikir mereka sejahat (bekas pemimpin Libya Moamar) Gaddafi atau mana-mana diktator?
"Untuk berlaku adil, saya tidak rasa begitu. Tetapi kita mahu menghentikan penyakit sebelum sampai kepada keadaan melampau," beliau dipetik sebagai berkata.
Ambiga juga bagaimanapun dilapor mengaku bimbang dengan ancaman terhadapnya.
"Saya ambil dua pengawal peribadi atas desakan keluarga dan saya fikir itu adil. Saya berhati-hati. Saya tidak bodoh. Saya tidak membabi buta," katanya.

No comments:
Post a Comment