sinar harian
7 Julai 2012
KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang remaja lelaki untuk membantu
siasatan kes pelajar perempuan berumur 16 tahun yang menyembunyikan anak
yang baru dilahirkannya di dalam beg galas, Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata suspek
berumur 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Cherang Guling,
Marang kira-kira pukul 4 pagi ini.
Katanya tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang diberi pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini.
"Kita terus menahan suspek sebaik maklumat diperoleh. Suspek kini direman sehingga 13 Julai ini untuk membantu siasatan berhubung kes kematian bayi itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Manoharan berkata, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu dan
pelajar perempuan berkenaan bukan pasangan kekasih namun kedua-duanya
dipercayai mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali tahun lepas.
Katanya, siasatan turut dilakukan sama ada remaja lelaki itu pernah terlibat dalam kes jenayah lain.
Katanya, siasatan turut dilakukan sama ada remaja lelaki itu pernah terlibat dalam kes jenayah lain.
Bernama sebelum ini melaporkan tindakan seorang pelajar perempuan yang
mengadu sakit perut, mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ) di sini, akhirnya mengaku baru melahirkan anak dan
menyembunyikan bayi itu di dalam sebuah beg galas.
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1
pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa
memberitahu isi kandungannya.
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu kemudiannya ditemui di dalam
beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi
rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan pukul 6
petang hari yang sama. - Bernama
No comments:
Post a Comment