kosmo
BEAUFORT – Seorang suami yang ‘naik hantu’ selepas mengesyaki isterinya
mempunyai hubungan sulit bertindak nekad apabila membelasah kekasih
gelap wanita itu hingga mati dalam kejadian di pekarangan pejabat
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Beaufort dekat
sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.15 petang itu berlaku apabila suspek berusia 55 tahun
datang ke pejabat berkenaan sebelum membelasah mangsa yang merupakan
kontraktor dikenali sebagai Hasan Tahir, 57, hingga lembik.
Selepas dibelasah, mangsa sempat melarikan diri ke bangunan Giat Mara
yang terletak di sebarang jalan sebelum pengsan. Dia disahkan mati
ketika dirawat di Hospital Beaufort.
Difahamkan, mangsa mengenali isteri suspek selepas mereka bertemu ketika
lelaki itu mempunyai urusan di pejabat wanita itu beberapa tahun lalu.
Mangsa telah berkeluarga.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof
Mustaffa berkata, siasatan awal mendapati suspek cemburu apabila
mengesyaki isterinya yang merupakan kakitangan JPHPT berusia lingkungan
40-an mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.
salam ziarah.... mohon jasa baik tuan utk bertukar pautan blog... http://nizar-coretanku.blogspot.com
ReplyDelete