myMetro
SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki
dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam
bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan
RM30 juta.
Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke
Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam,
masalah kulit dan lesu.
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento
pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga
terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.
Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya
petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu
sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.
“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak
mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan
memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.
Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.
Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.
Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.
Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah
dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang
kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.
Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan
disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang
Malyia.
Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.
Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan
memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM
No comments:
Post a Comment