
DAP
hari ini turut serta dalam pertelingkahan berhubung dakwaan
penyelamatan Talam Corp Bhd berjumlah RM1 bilion antara MCA dan kerajaan
Selangor melalui perakaunan rumit.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau akan menunjukkan kesilapan fakta terhadap dakwaan MCA esok, sekali gus "melondehkan" Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong yang membuat kenyataan itu.
Bagaimanapun, sebagai
permulaan, Pua menjelaskan, musuh politiknya itu telah membuat dua
kesalahan dalam sidang media Selasa lalu.
Sambil menolak dakwaan Chua bahawa penstrukturan semula hutang Talam oleh kerajaan seclangor merupakan bailout (langkah menyelamatkan), Pua berkata syarikat itu sebenarnya menyelesaikan penstrukturan kewangan yang diminta Bursa Malaysia pada Julai 2009.
"Ia berbulan-bulan sebelum kerajaan negeri terlibat sama, iaitu pada penghujung tahun itu," tambahnya.
Beliau juga berkata Talam tidak pernah dikelaskan sebagai "syarikat PN17" dan tidak pernah digantung daripada bursa seperti didakwa Chua.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau akan menunjukkan kesilapan fakta terhadap dakwaan MCA esok, sekali gus "melondehkan" Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong yang membuat kenyataan itu.
Bagaimanapun, sebagai
permulaan, Pua menjelaskan, musuh politiknya itu telah membuat dua
kesalahan dalam sidang media Selasa lalu.Sambil menolak dakwaan Chua bahawa penstrukturan semula hutang Talam oleh kerajaan seclangor merupakan bailout (langkah menyelamatkan), Pua berkata syarikat itu sebenarnya menyelesaikan penstrukturan kewangan yang diminta Bursa Malaysia pada Julai 2009.
"Ia berbulan-bulan sebelum kerajaan negeri terlibat sama, iaitu pada penghujung tahun itu," tambahnya.
Beliau juga berkata Talam tidak pernah dikelaskan sebagai "syarikat PN17" dan tidak pernah digantung daripada bursa seperti didakwa Chua.
No comments:
Post a Comment