idahsalam
Ketua
Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, orang
muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada
1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.
Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.
Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.
Malah katanya, detik bersejarah Arab Spring menunjukkan orang muda ada kuasa besar sehingga menjadi pencetus yang mampu menjatuhkan kerajaan kerana mereka memilih perubahan.
Beliau berkata demikian pada Debat Sinar Harian bertajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, sebentar tadi.
Orang muda, katanya, memerlukan politik berasaskan ilmu serta fakta dan
menolak politik yang bersifat auta.
“Anak muda perlukan politik berasaskan ilmu dan fakta, dan pemimpin yang
dipilih mampu memimpin dengan telus dan adil seperti yang telah
disyariatkan Islam,” katanya.
Tambah Nasrudin lagi, orang muda sekarang celik teknologi dan celik
maklumat.
“Orang muda muda bersikap terbuka dan benci jika suara mereka dikekang.
Orang muda suka melibatkan diri dengan politik, tetapi jemu dengan
sikap politik perkauman dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya.
Beliau juga menambah, anak muda kini juga jelik dan muak dengan budaya
gula-gulakan rakyat dan pemimpin yang lama memerintah, dicampur dgn
pemerintah yang zalim dan berat sebelah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin yang terpalit dengan rasuah
dan penyelewengan supaya tidak mendabik dada, kerana sejarah pernah
membuktikan orang muda sebagai agen perubahan.
“Sejarah dalam negara jadi saksi bahawa anak muda penjana perubahan yang
besar. Perubahan Pakatan Rakyat (PR) yang menepati aspirasi yang
dimahukan orang muda,” katanya.
Nasrudin berkata pilihan raya adalah mengenai maklumat dan semua pihak
perlu diberi ruang dalam media arus perdana.
“Ini kerana tarbiah dapat dilakukan dengan lebih meluas jika boleh
menggunakan media seperti TV3,” katanya menjawab pertanyaan moderator
akan konsisten Pas menyampaikan dakwah kepada anak muda.
Asalamualaikum! Selamat berpuasa.
ReplyDelete