13 Julai 2012
Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN: Gara-gara dianggap penyokong
pembangkang, bekas Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di negeri
ini telah di tukarkan sejauh 360 kilometer.
Hj Jasimin, 63
berkata penyertaannya dalam gerakan Islam PAS adalah diatas kesedaran
disamping penyalahgunaan kuasa jelas berleluasa sewaktu beliau masih
bergelar kakitangan kerajaan lagi.
”Saya tak payah
ambil contoh yang jauh. Saya lihat dengan kepala dan mata sendiri
bagaimana penyelewengan itu boleh dibuat.
”Saya di buang
daerah sejauh 3 jam perjalanan. Kononnya di buang daerah kerana
penyokong PAS. Sebagai seorang bekas Pengetua, saya tiada apa-apa
kepentingan. Yang saya utamakan adalah keselesaan pelajar saya mengikuti
pembelajaran yang kondusif.
”Suatu ketika,
atap bocor dalam bilik darjah menyebabkan aliran elektrik terganggu.
Jadi, saya buat permohonan kepada pihak terbabit untuk membaikinya.
”Apabila
peruntukan itu sudah sampai. Alangkah terkejutnya saya lampu kalimantang
yang harga pasaran sekitar RM120, diclaim RM360. Berkali-kali ganda
naik.
”Saya ajukan
pertanyaan ini kepada pihak terbabit. Malangnya, bukan penjelasan yang
saya terima, tapi saya pula dimarahnya pula. Dia kata saya tak berterima
kasih. Untungnya diberikan peruntukan, kalau tak bagi?, katanya.
”Ya, Allah. Saya
minta bukan untuk kepentingan saya. Ia untuk kemudahan anak-anak murid
saya,” katanya lagi.
Beliau berkata
demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Penyampaian sumbangan
kepada golongan tidak berkemampuan, di Unit Peti Undi (UPU) Parit
Betak, dekat sini, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment