Jumaat, 20 Julai 2012
myMetro
WAJAH
Hongfang sebelum menjalani pembedahan.
BEIJING: Seorang ibu miskin di negara ini yang mengalami kecacatan
ekoran 70 tumor atau ketumbuhan besar di wajahnya boleh tersenyum semula
selepas sebuah hospital menjalankan pembedahan secara percuma.
Li Hongfang, 40, disisih oleh orang ramai selepas sejenis kanser tulang
yang menyebabkan tisu tumbuh di bawah kulitnya, menjejaskan wajahnya
hingga sukar dikenali. Dia terpaksa menempuh keadaan itu yang dikenali
sebagai kordoma selama hampir satu dekad kerana dia tidak mempunyai wang
untuk pembedahan.
Namun, selepas penderitaannya mendapat simpati ramai di seluruh dunia hingga memalukan perkhidmatan kesihatan yang kurang baik di negara itu di mata dunia, sebuah hospital di Xi’an, ibu negeri wilayah Shaanxi di barat laut China, menawarkan pembedahan biasanya dengan kos 60,000 pound (RM296,745) secara percuma.
Hongfang, seorang petani dari Kampung Tianchao, Xianyang di wilayah
Shaanxi, berkata, dia belum lagi melihat wajahnya di cermin.
Dia berkata: Saya rasa kepala saya lebih ringan dan saya pasti kelihatan lebih baik. Saya mahu menunggu hingga bengkak akibat pembedahan sudah surut. Ia akan menjadi hadiah terbaik kepada saya,” katanya. Ketua pakar bedah, Guo Shuzhong berkata, pembedahan Hongfang berjalan lancar dan dia akan dibedah lagi bagi membuang tumor di tengkorak kepala, rongga hidung dan tekaknya.
HONGFANG bersama suaminya melambaikan tangan selepas dia keluar
dari hospital minggu lalu.
Namun, tidak lama selepas itu, lebih banyak ketulan tumbuh di wajahnya
dan dia didiagnosis menghidap kordoma.
Walaupun tumor itu tidak berbahaya dan bermakna nyawa Hongfang tidak terancam, wajahnya menjadi cacat dan dia disisihkan daripada masyarakat.
Hongfang hidup bersama suami dan dua anak lelakinya.
Dia berkata: “Kami tiada banyak wang, tetapi kami bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain dan dua anak kami. Boleh dikatakan kehidupan saya adalah baik-baik saja. Tidak lama kemudian, kesedihannya bertambah selepas suaminya meninggal dunia.
Pada 2009, dia bertemu seorang lelaki yang sebatang kara, Guo Yingping, 40, dan kedua-duanya menjadi kawan sebelum berkahwin. Dua anak lelaki Hongfang kini berusia 17 dan 14 tahun sudah meninggalkan rumah untuk bekerja.
Pada awal bulan ini, Hongfang menjalani pembedahan untuk membuang tujuh tumor di wajahnya dan dia keluar dari hospital seminggu lalu.
Puluhan juta rakyat China, khususnya yang tinggal di luar bandar tidak dapat berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan doktor. - DM
No comments:
Post a Comment