myMetro
am@hmetro.com.my
KAMPAR: Seorang pemandu bas ekspres maut dalam keadaan ngeri kerana
selain putus kaki, badannya juga putus dua sehingga ada cebisan daging
melekat pada dinding bas akibat digilis lori kontena ketika memeriksa
basnya yang merempuh belakang treler rosak di Kilometer 303.5, Lebuh
Raya Utara Selatan, berhampiran Gua Tempurung, di sini, awal pagi
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mayat pemandu bas kedua
Seri Maju Sarata Ekspres, Azizan Hamid Osman, 51, ditemui dalam keadaan
menyayat hati dengan satu kakinya putus dan tercampak sejauh beberapa
meter daripada bas.
Sebelum kejadian, bas dipandu rakan Azizan yang membawa sembilan penumpang, merempuh belakang lori kontena rosak yang berada di lorong kiri lebuh raya. Lori berkenaan membawa sarung tangan getah dalam perjalanan ke Pelabuhan Barat, Klang, Selangor.
Pelanggaran itu menyebabkan Azizan turun daripada bas melalui pintu
kecemasan untuk meninjau kerosakan, tetapi ketika berdiri di belakang
bas, tiba-tiba dia dilanggar dan digilis sebuah lori kontena yang cuba
mengelak daripada merempuh bas berkenaan dengan memasuki lorong
kecemasan.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa dipercayai mahu mendapatkan bantuan selepas bas yang membawa penumpang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh belakang treler rosak itu.
“Mangsa mahu memeriksa keadaan bas selain mendapatkan bantuan selepas pemandu pertama bas ekspres berusia 36 tahun, tersepit kaki dan Azizan keluar melalui pintu kecemasan,” katanya. Menurut Aziz, pemandu pertama bas berkenaan hanya cedera ringan di dahi dan kaki.
“Tiga penumpang bas berusia antara 22 hingga 46 tahun cedera ringan
dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar, di sini.
“Pemandu lori kontena dikenali sebagai Jegathish, 57, cedera kaki kanan
dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh,” katanya.
Sementara itu, anggota polis trafik turut membantu mengutip cebisan daging dan anggota tubuh mangsa sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Kampar untuk bedah siasat.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua lorong lebuh raya arah selatan
ditutup kepada lalu lintas hampir lima jam berikutan muatan kontena
yang terbalik dan menghalang laluan.
Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Jegathish yang berasal dari Johor berkata, dia tidak sempat mengelak daripada merempuh bas di depannya, “Sebaik merempuh bas, saya tidak tahu apa yang berlaku kerana hanya sedar apabila sudah berada di hospital,” katanya.
Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan ulasan waris keluarga Azizan di Hospital Kampar gagal berikutan ahli keluarga terlalu sedih dengan kejadia
No comments:
Post a Comment