addin_77
Fenomena pelik
cara berbuka puasa di bandar Kuantan.. di katakan begitu kerana fenemona
ini berlaku di awal Ramadhan pada pada tahun ini. Sebelum nih mungkin
berlaku tapi tak semeriah tahun ini. Macam berpesta...
Cara berbuka macam
nih memanglah bagus bagi mengeratkan ukhwah sesama kita akan tetapi..
ada tetapinya..
Dari pemerhatian
Addin melalui gambar-gambar dari blog nih,
ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. itu yang
tak berapa bagusnya.
Seperkara lagi..
alangkah baiknya jikalau semua yang berbuka di padang tersebut dapat
menunaikan solat berjemaah Maghrib dan terus solat berjemaah Isyak dan
solat sunat Terawih di Masjid Negeri yang berdekatan.
Addin andaikan
semua yang berada di situ pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid
selepas berbuka.
Ye lah.. kita di
bulan Ramadhan nih hendak mengejar amal ibadat yang Allah SWT janjikan
ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Jikalau tidak.. rugilah kita
semua.
Insya Allah..
balik cuti beraya nanti Addin akan membuat tinjauan sendiri untuk
mendapat kepastian berkenaan fenomena pelik ini.
Kepada sesiapa
yang ada info berkenaan isu ini bolehlah e-mel terus ke Addin. Dan juga
kepada alim ulamak dan pihak berkuasa mohon membuat pencerahan berkenaan
isu ini..
Lihatlah
gambar-gambar nih...
Lagi gambar di sini.
Kredit gambar ~
lunalanun.blogspot
No comments:
Post a Comment