KUALA NERANG - Susulan laporan mengenai
dakwaan penghuni sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin dicabul oleh
warden, timbul desakan agar pihak pengurusan asrama segera menggantikan
kakitangan itu dengan orang lain.
Salah seorang penghuni asrama
berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar,
ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang
menjadi
penghuni di asrama berkenaan.
Menurutnya, warden
berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar
tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar ‘pakcik’ itu sudah mula
menimbulkan rasa kurang
selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.
“Mana
tidaknya, pakcik dan keluarganya tinggal berhampiran asrama kami namun
tugas pakcik lebih kepada menjaga penghuni puteri manakala tugas
isterinya, makcik pula menjaga penghuni lelaki.
“Saya sendiri
pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah
tentu kami lebih berasa selesa.
Namun tiada tempat untuk kami
mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan
dilihat asyik menyokong pakcik,” katanya.
Liya berkata, berikutan
keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing
berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke
mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.
“Sebelum
timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan
berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan
membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.
“Sebab
itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden
dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang
membuatkan kami berasa tidak selesa,” katanya.
Sementara itu,
Liya turut mendakwa menyaksikan kelakuan pakcik yang bertindak memeluk
dan mencium salah seorang penghuni puteri di asrama itu.
Selain
pengakuan daripada Liya, seorang lagi penghuni rumah berkenaan, berusia
lingkungan 16 tahun, turut tampil membuat satu laporan polis di Balai
Polis Kuala Nerang mengenai satu lagi kes cabul.
Mengikut laporan
polis yang dibuat kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Julai lalu,
penghuni terbabit mengaku pernah dicabul ketika berusia 11 tahun.
“Saya
dipeluk tanpa kerelaan. Kawan-kawan saya juga ada yang kena. Malah kami
pernah dimarahinya (warden) dengan kata-kata lucah apabila mengadu
kepada orang kampung bahawa dia suka menghendap dan mencabul penghuni
puteri.
“Laporan ini saya buat agar polis dapat mengambil
tindakan tegas terhadapnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment