Wartawan Mtd Pas Benut
JOHOR BAHRU: Dato’ Paduka Husam
Musa, Naib Presiden PAS sebak apabila secara rasminya mengiringi YB
Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada rakyat Johor untuk
bertanding dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 akan datang.
Beliau yang
hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyampaikan ceramahnya pada
majlis Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor memberitahu
bahawa kedatangan Salahuddin ke Kelantan pada 2004 telah menjadi
sebahagian daripada kerabat di kawasannya di mana tempat beliau
diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kubang Kerian.
Menceritakan
pengalamannya, Husam tidak pernah membincangkan dan mempertikaikan
kedudukan Salahuddin di situ selagi pucuk pimpinan parti putuskan yang
ahli Parlimen Kubang Kerian itu boleh diberikan peluang bertanding
sehingga berlakunya Kiamat.
Malah, beliau
sendiri telah membentuk satu pasukan kerja yang mantap bagi memastikan
kemenangan parti Islam itu di kelantan terus dikekalkan.
Dengan sebab itu
ujarnya beliau telah diamanahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kijang bagi memberi laluan kepada anak kelahiran Pontian merebut
kerusi di kawasan yang ber’majoriti’kan 17,000 sebelum peralihannya itu.
”Malam ini, saya
hadir ke mari untuk iringi teman saya (Salahuddin). Saya doakan kejayaan
untuk pejuang seluruhnya. Saya iringi kepulangan Salahuddin ke Johor.
Doakan kami di Kelantan,” katanya lagi.
Dengan penyerahan
itu, sekaligus menamatkan dakwaan bahawa kepulangan Naib Presiden PAS
itu untuk bertanding di negeri ini pada pilihan raya (PRU) 13 nanti
tidak diterima kepimpinan PAS di Kelantan. KERENGGA
No comments:
Post a Comment