Tuesday, July 3, 2012

Ibunya sanggup tinggalkan dia ditepi jalan kerana dia albino

Seorang ibu sanggup meninggalkan bayinya di jalan kerana  bayi menghidap kelainan iaitu albino. 

Bayi perempuan mungil berambut putih ini ditemukan di pinggir jalan di Nanning, Daerah Guangxi. "Saya sedang berjalan dan terkejut mendengar tangisan bayi yang dibungkus dalam selimut. Ketika saya buka bungkusan itu, bayi tersebut terlihat kelelahan kerana menangis," katanya.

Polisi menemukan beg yang berisi baju bayi dan juga sampul surat dengan wang sebanyak 3.900 yuan. Di sampul surat itu tertulis," saya harap ada orang yang berhati baik dan mengirim bayi ini ke rumah yatim piatu. Semoga Anda diberkati". Oh Anakku, saya ibu tak bertanggung jawab dan tak boleh berbuat apa-apa. Saya meminta maaf".

Polisi mensyaki ada kemungkinan dia membuang bayinya kerana berambut dan berkulit putih ataupun ada  ibu tak kuasa membesarkan anaknya kerana peraturan di negara itu yang memberikan denda jika memiliki anak lebih dari satu di sebuah keluarga.

Kebanyakan keluarga di China hanya dibolehkan memiliki satu anak untuk mengurangi populasi penduduknya yang semakin ramai. Kebanyakan anak dan terutama anak perempuan dibuang akibat peraturan tersebut.

Peraturan ini juga kemudian membuat meningkatnya jumlah pengguguran anak yang diperkirakan 13 juta kes setiap tahun dan kebanyakan diminta oleh penguasa setempat. Bagi mereka yang melanggar peraturan memiliki lebih dari satu anak mereka akan denda hingga 263 ribu yuan .-Daily Mail
Borak Kosong

No comments:

Post a Comment