KUALA LUMPUR: Polis telah
mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki
dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana
Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah
Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut
dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau
bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana
dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang
sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga
turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada hari
berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi"
dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah
pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di
Putrajaya.
Dalam kejadian
2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital
Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari
manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
kerengga
-Bernama-
No comments:
Post a Comment