sinar harian
15 Julai 2012
SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan mendesak MCA negeri itu memohon maaf
kepada umat Islam kerana didakwa mengaitkan kejadian amuk di Putrajaya
dengan agama Islam, selain turut mengaitkan komponen Pakatan Rakyat (PR)
itu dengan kejadian berkenaan. Pas mendakwa kenyataan keterlaluan itu
dikeluarkan Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee menerusi
laman Twitternya baru-baru ini.
Malah, dalam satu majlis bersama rakyat anjuran MCA di Temiang pada 19 Jun lalu, kira-kira 8.30 malam, beberapa pemimpin MCA turut didakwa memberi gambaran buruk tentang undang-undang Islam, termasuk hukum hudud menerusi ceramah dan tayangan multimedia diadakan.
Pesuruhajaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, MCA atau sesiapa sahaja dalam pimpinan parti itu tidak layak dan tidak sepatutnya bercakap soal agama Islam kerana ia adalah isu sensitif.
“Saya difahamkan pada 19 Jun itu MCA mahu anjurkan majlis debat dengan DAP berhubung undang-undang Islam termasuk hukum hudud, tapi DAP tidak datang kerana merasakan isu itu tidak sesuai diperdebatkan orang bukan Islam.
“Oleh sebab itu, MCA teruskan program dengan mengadakan ceramah tentang isu tersebut termasuk tayangan multimedia kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini, semalam.
Mohd Taufek berkata, MCA dinasihatkan berhatihati ketika bercakap dan mengeluarkan kenyataan tentang isu tidak ada kaitan dengan
mereka kerana ia boleh mengundang implikasi negatif.
Menurutnya, hanya individu tertentu sahaja dan beragama Islam boleh mengulas atau berhujah berhubung perkara itu dan tindakan MCA menganjurkan debat berhubung undang-undang Islam adalah tidak wajar.
“Sebagai sebuah parti politik berusia lebih 50 tahun, MCA sepatutnya menjadi parti matang dan bukan sesuka hati bercakap perkara menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.
“Kita memandang serius perkara ini kerana ini isu agama dan mahu MCA minta maaf pada orang Islam," katanya.
Justeru itu, katanya, MCA perlu menarik balik semua kenyataan itu termasuk dalam Twitter berkenaan.
“Jika MCA enggan berbuat demikian, Pas tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah.
“Pihak kami sedia mengadakan perbincangan dengan MCA bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung hal itu dan bersedia memberi penjelasan jika ada yang menimbulkan persoalan kepada mereka tentang Islam,” katanya.

No comments:
Post a Comment