(Oleh
Norutul Ilham)
SHAH ALAM 9 Julai: Kerajaan Selangor diingat supaya tidak mengikut
rentak Kerajaan Pusat mengagihkan keuntungan kepada kroni dengan menggunakan peruntukan daripada bajet
tambahan berjumlah RM13 bilion yang dibentang di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, peruntukan Perbekalan Tambahan
(2012) oleh Kerajaan Pusat itu langsung tidak memberi keuntungan kepada
rakyat, sebaliknya untuk mengkayakan kroni.
“Saya tidak mahu peruntukan tambahan yang akan dikeluarkan kerajaan
negeri mementingkan pihak tertentu.
“Jangan jadi seperti Umno Barisan Nasional yang mementingkan kroni
mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan
Tambahan 2012 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Beliau mengambil contoh penganugerahan Kerajaan Pusat kepada jutawan
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang
mendapat projek gula.
mendapat projek gula.
“Atas dasar kononnya mahu berikan kepada Bumiputera, kerajaan ambil
daripada bapa gula, Robert Kuok dan berikan kepada Syed Mokhtar.
“Tapi apa jadi? Atas nama kontrak diberikan kepada Melayu, sudah
empat kali harga gula naik, berlainan masa Robert Kuok yang pegang,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.
Kata beliau, keputusan itu dibuat kerajaan tanpa memikirkan kesannya
kepada rakyat, yang akhirnya dibebani mereka.
“Kerajaan Pusat menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen, tapi kroni
dapat berbilion. Sama juga kesnya dengan teksi.
“RM13 bilion ini langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat tapi
lebih kepada kroni. Pemandu teksi bukan mahu
tayar tapi permit,” katanya yang menerima aduan, hanya tiga tayar sahaja boleh dibeli dengan wang yang diperuntukkan
kerajaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.comtayar tapi permit,” katanya yang menerima aduan, hanya tiga tayar sahaja boleh dibeli dengan wang yang diperuntukkan
kerajaan.
No comments:
Post a Comment