Malaysiakini
Kedah
menerima peruntukan sebanyak RM2.3 bilion daripada kerajaan Persekutuan
untuk Rolling Plan Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-10
(RMK-10) (2011-2012) yang melibatkan 347 projek.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharum berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1 bilion telah digunakan, dengan prestasi semasa projek 68.8 peratus.
"Untuk Rolling Plan Kedua RMK-10 (2012-2013), sehingga 9 Julai tahun ini, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak 230 projek dengan siling sebanyak RM1.83 bilion. Daripada jumlah itu, kita telah membelanjakan sebanyak RM366.03 juta dengan prestasi semasa projek ialah 27.4 peratus," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden bagi Program Transformasi Luar Bandar di Jabatan Pelajaran negeri Kedah di Alor Setar hari ini.
Beliau berkata untuk projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (PIAS), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM142.79 juta untuk tempoh lima tahun sejak 2008 dengan bilangan projek sebanyak 2,035.
"Di bawah projek itu, sebanyak 367 bilangan projek dengan nilai RM21.95 juta telah diperuntukkan untuk tahun ini. Semua peruntukan itu hanya untuk projek-projek kecil sahaja," katanya.
Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bagi pelaksanaan projek-projek khas dari 2008-2012 iaitu yang melibatkan masjid, surau dan sebagainya, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak 325.66 juta dengan bilangan projek sebanyak 16,906 sejak lima tahun lepas.
"Setakat ini, bagi projek khas tersebut kita telah menggunakan peruntukan sebanyak RM43.01 juta yang melibatkan 1,699 projek," katanya.
Selain itu, katanya di Kedah sahaja, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM181.56 juta untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) melibatkan 363,132 penerima manakala Baucer Buku 1Malaysia tekah diberikan kepada 68,339 pelajar dengan jumlah kos sebanyak RM13.66 juta.
"Untuk bantuan awal persekolahan pula, sebanyak 414,132 murid telah menerimanya dengan jumlah peruntukan sebanyak RM41,413 dan sebanyak 541 sekolah yang melibatkan 139,193 murid telah menerima Susu 1Malaysia yang diedarkan kepada mereka setiap minggu," katanya.
Dalam majlis itu Johari telah menyerahkan peruntukan kepada 53 buah sekolah bagi kerja-kerja baik pulih bilik air, naik taraf tempat wuduk, membaiki tingkap dan bumbung serta mengganti pintu dengan peruntukan sebanyak RM3.94 juta.
"Tahun ini kerajaan Persekutuan peruntukkan sebanyak RM1.3 bilion dan daripada jumlah itu kita dapat lebih RM300 juta untuk pembangunan sekolah.
Peruntukan itu tidak termasuk dengan baik pulih akibat dari bencana kerana kerosakan akibat bencana termasuk dalam bajet Majlis Keselamatan Negara," katanya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment