Wednesday, July 4, 2012

(Kemaskini) 5 Adun DAP Di Gantung 6 Bulan Oleh Speaker DUN Melaka

04 Julai, 2012

Berita terbaru, Addin berada sidang DUN Melaka hari ini. Sidang DUN negeri Melaka di tangguhkan hari ini kerana 5 ADUN dari DAP telah digantung selama 6 bulan oleh Speaker. Keputusan sebulat suara telah dibuat setelah undian di buat sebentar tadi. Adun DAP tersebut yang di gantung ialah, Goh Leong San-Adun Kesidang, Betty Chew-Kota Laksamana (gambar), Lim Jak Wong-Banchang, Teh Kok Kiew-Banda Hilir dan Khoo Poay Tiong-Ayer Keroh.


Kekecohan tercetus sejurus speaker masuk ke dalam dewan, Betty Chew dari Kota Laksamana bangkit dan mempersoalkan isu yang dipaparkan di akhbar  media pencacai semalam. (baca sini.)

No comments:

Post a Comment